Pages

Subscribe:

Labels

Our Partners

Resources

Bookmarks

Jumaat, 9 November 2012

Kuiz: Penjodoh Bilangan

PENJODOH BILANGAN

Secara ringkasnya, Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk menunjukkan atau bilangan sesuatu benda. Walaubagaimana pun, Penjodoh Bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama kata bilangan seperti: para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengah-setengah, dan sebilangan. Tambahan lagi, penjodoh bilangan juga tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. Sebagai contoh:
segala butir cadangan (salah)
sepatutnya,
segala cadangan (betul)

Ahad, 4 November 2012

Kuiz Peribahasa

Uji kefahaman anda tentang peribahasa:

Peribahasa

Untuk penerangan yang lebih lanjut tentang peribahasa, Sila rujuk slide di bawah: Contoh-contoh peribahasa:

KATA-KATA HIKMAT PILIHAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, terlebih dahulu, saya ingin berkongsikan kepada para pembaca tentang kata-kata hikmat yang saya suka beritahu kepada murid-murid saya. Hidup yang mengadbi diri kepada ilmu pengetahuan adalah hidup yang paling mulia! Daripada kata-kata tersebut, penekanan ilmu pengetahuan adalah amat dipandang murni dan dianggap sebagai perbuatan yang bagus dan harus diterapkan ke dalam jati diri kita. Maka hendaklah kita menerapkan kepada diri sendiri agar mempelajari sesuatu ilmu itu secara berterusan dan tidak berhenti pada satu peringkat umur sahaja.

Translate