Pages

Subscribe:

Labels

Our Partners

Resources

Bookmarks

Jumaat, 9 November 2012

Kuiz: Penjodoh Bilangan

PENJODOH BILANGAN

Secara ringkasnya, Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk menunjukkan atau bilangan sesuatu benda. Walaubagaimana pun, Penjodoh Bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama kata bilangan seperti: para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengah-setengah, dan sebilangan. Tambahan lagi, penjodoh bilangan juga tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. Sebagai contoh:
segala butir cadangan (salah)
sepatutnya,
segala cadangan (betul)

Ahad, 4 November 2012

Kuiz Peribahasa

Uji kefahaman anda tentang peribahasa:

Peribahasa

Untuk penerangan yang lebih lanjut tentang peribahasa, Sila rujuk slide di bawah: Contoh-contoh peribahasa:

KATA-KATA HIKMAT PILIHAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, terlebih dahulu, saya ingin berkongsikan kepada para pembaca tentang kata-kata hikmat yang saya suka beritahu kepada murid-murid saya. Hidup yang mengadbi diri kepada ilmu pengetahuan adalah hidup yang paling mulia! Daripada kata-kata tersebut, penekanan ilmu pengetahuan adalah amat dipandang murni dan dianggap sebagai perbuatan yang bagus dan harus diterapkan ke dalam jati diri kita. Maka hendaklah kita menerapkan kepada diri sendiri agar mempelajari sesuatu ilmu itu secara berterusan dan tidak berhenti pada satu peringkat umur sahaja.

Kuiz: Kata Ganda

Sebagai ulangkaji pelajaran, marilah kita cuba menjawab soalan kuiz di bawah ini: Sila tinggalkan ulasan anda di ruangan bawah ini

KATA GANDA





1. Ianya terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya ataupun digandakan sebahagiannya sahaja.

2. Terdapat empat jenis kata ganda iaitu:

i. Kata ganda seluruh
Contoh:
ibu-ibu , pokok-pokok, murid-murid dan sebagainya.

ii. Kata ganda separa
Contoh:
bebuli, pepohon, lelayang, kekuda dan sebagainya.

iii. Kata ganda bersajak
Contoh:
licin-licau, ulang-alik , suku-sakat dan sebagainya.

iv. Kata ganda berimbuhan
Contoh:
sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya.

Translate